JPNK belum keluar lesen pembalakan di Hutan Simpan Gunung Bongsu

Sekumpulan penduduk dan aktivis alam sekitar pada Ahad menggesa kerajaan menghentikan segera aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Bongsu khususnya di kompartmen 15, 42, dan 43.
Sekumpulan penduduk dan aktivis alam sekitar pada Ahad menggesa kerajaan menghentikan segera aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Bongsu khususnya di kompartmen 15, 42, dan 43.
A
A
A

ALOR SETAR - Kawasan Hutan Simpan Gunung Bongsu belum dijalankan kerja-kerja pembalakan bagi tujuan pembangunan ladang hutan dan masih dalam proses penyediaan Rancangan Pengurusan Ladang Hutan (RPLH).

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) dalam kenyataan berkata, sebelum ini Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi Negeri Kedah (JKTHB) Bil 3/2014 bertarikh 14 Disember 2014 telah meluluskan permohonan pembangunan ladang hutan di Kompartmen 15, 42 dan 43 Hutan Simpan Gunung Bongsu seluas 500 hektar kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed).

Katanya, laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) projek ladang hutan itu telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 25 Jun 2021.

"JPNK juga belum mengeluarkan lesen pembalakan bagi kawasan ini. Bagaimanapun, pihak jabatan juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi teknikal lain bagi memantau kawasan kelulusan ini sekiranya ia dibangunkan kelak," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, dalam memastikan impak alam sekitar yang minimum kepada penduduk, kawasan itu akan dijalankan pembalakan secara berfasa.

"Pihak pemaju perlu menjalankan pembalakan fasa satu terlebih dahulu dan perlu menanam sepenuhnya di kawasan tersebut dengan spesies ladang hutan (Albizia falcataria @ Batai) sebelum fasa berikutnya dibenarkan untuk dijalankan pembalakan," katanya.

Pada Ahad, sekumpulan penduduk dan aktivis alam sekitar bersolidariti menggesa kerajaan menghentikan segera aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Bongsu, khususnya di kompartmen 15, 42, dan 43.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!