Pemilik suara rakaman audio diketahui selewat-lewatnya minggu depan

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

HULU KINTA - Pemilik suara rakaman audio yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8 Januari lalu akan diketahui minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, mereka yang terlibat akan dipanggil untuk diambil kenyataan bagi membantu siasatan dalam kes tersebut.

“Mereka yang didakwa suara dalam (rakaman audio) itu apabila dapat disahkan milik siapa, individu tersebut akan dipanggil untuk diambil kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] SPRM bongkar audio konspirasi jenayah libatkan Najib, Rosmah

Rakaman audio: Polis akan panggil Latheefa Koya

“Pemilik suara akan diketahui dalam minggu ini. Kita akan usaha, kalau tidak sempat minggu depan. Kita akan cuba panggil dalam minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Briged Utara Pasukan Gerakan Am Tahun 2020 di Briged Utara Ulu Kinta di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua kes termasuk laporan terhadap beberapa individu didakwa berkomplot menyebar fitnah terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya masih aktif dalam siasatan.

Minggu lalu, Latheefa telah dipanggil untuk beri keterangan berhubung sembilan rakaman audio itu yang telah didedahkan.

Artikel Berkaitan:

SPRM telah memutarkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan perbualan lain yang dipercayai berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!