Persona gerak tari Malaysia tuai emas di Jerman

Pasukan sukan tarian negara menampilkan gerak tari mempersonakan untuk merangkul dua emas dan satu gangsa dalam Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman, pada Ahad.
Pasukan sukan tarian negara menampilkan gerak tari mempersonakan untuk merangkul dua emas dan satu gangsa dalam Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman, pada Ahad.
A
A
A

PASUKAN sukan tarian negara menampilkan gerak tari mempersonakan untuk merangkul dua emas dan satu gangsa dalam Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman, pada Ahad.

Dua emas itu diperoleh menerusi Cherry Yeo dalam acara acara Latin Solo Wanita Dewasa serta Yap Wan Xin bagi kategori Latin Solo Wanita Remaja manakala Kimberly Chew menyumbang gangsa menerusi acara Latin Solo Wanita Junior ll.

Menurut Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF), lebih membanggakan Cherry yang memenangi tiga emas dalam Festival Tarian Mallorca (MDF) di Sepanyol tahun lalu kini menduduki tempat keenam teratas dunia di bawah kategori Latin Solo Wanita Dewasa.

Wan Xin pula kini menghuni kedudukan tiga teratas dunia bagi kategori Latin Solo Wanita Remaja.

Acara ranking dunia itu diiktiraf Persekutuan Sukan Tarian Dunia (WDSF), bermula Jumaat lalu, menarik penyertaan sekitar 250 peserta daripada 46 negara seperti Croatia, Georgia dan China.

“Kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy. Komitmen mereka untuk memupuk bakat atlet ini telah memainkan peranan penting dalam mencapai prestasi yang luar biasa ini,” menurut kenyataan MYDF.

Selain itu, MYDF merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Kementerian Belia dan Sukan atas pembiayaan penyertaan dan sokongan padu bagi membolehkan pasukan negara itu mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!