Wanita maut tercampak keluar dari kereta, suami cedera

Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan di Kilometer 27 Jalan Pan Borneo, Papar.
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan di Kilometer 27 Jalan Pan Borneo, Papar.
A
A
A

PAPAR - Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu suaminya dalam kemalangan di Kilometer 27, Jalan Pan Borneo di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 44 tahun meninggal dunia di lokasi, manakala suaminya berusia 39 tahun cedera dan anak lelaki mereka berusia 16 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian itu berlaku selepas kereta jenis Proton Saga dinaiki mereka terbabas.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Penampang menuju ke Labuan dan ketika kejadian keadaan cuaca hujan lebat.

"Pemandu dipercayai hilang kawalan menyebabkan kereta terbabas dan berpusing lalu masuk ke dalam parit di bahu kiri jalan.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Papar dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, seramai 11 anggota dikejar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kereta itu masuk ke dalam parit sejauh kira-kira 50 meter dari jalan raya.

Artikel Berkaitan:

"Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas, manakala seorang lagi telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan tiba," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!