Maut ditikam anak saudara dengan gunting
KUCHING - Polis Padawan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun selepas dipercayai menikam mati bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Haji Baki, dekat sini pada Isnin malam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz berkata, suspek ditahan sekitar jam 8.30 malam tidak jauh dari lokasi kejadian.
Terdahulu, suspek dan mangsa yang berusia 55 tahun dikatakan terlibat dalam pertengkaran, sebelum suspek menikamnya di bahagian dada dengan objek tajam, dipercayai sebilah gunting.
Mangsa maut di tempat kejadian.
Difahamkan, polis akan mendapatkan permohonan reman terhadap suspek pagi ini untuk melengkapkan siasatan.
Motif dan punca kejadian masih disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!