Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel

Yahya Sarea. Foto fail/Reuters
Yahya Sarea. Foto fail/Reuters
A
A
A

SANAA - Kumpulan Houthi menyasarkan tapak tentera di bandar pelabuhan Israel Eilat di kawasan Umm Al-Rashrash dengan peluru berpandu balistik baharu.

Operasi berkenaan dilaporkan telah berjaya mencapai objektifnya.

Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.

Menurut jurucakap tentera, Yahya Sarea, tentera Houthi telah menyerang kapal-kapal yang melalui pantainya selama berbulan-bulan.

Tindakan berkenaan adalah sebagai tanda solidariti dengan penduduk Palestin di Gaza yang ditindas Israel. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!