1,085 kes pokok tumbang di seluruh negara - Bomba

Pokok tumbang turut menghempap landasan monorel di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Pokok tumbang turut menghempap landasan monorel di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) merekodkan 1,085 kejadian pokok tumbang di seluruh negara bagi tempoh empat bulan pada tahun ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kejadian pokok tumbang berlaku akibat hujan lebat dan angin kuat yang melanda di seluruh negara bermula Januari lalu.

Menurutnya, ekoran fenomena alam tersebut, beberapa kejadian tidak diingini berlaku termasuk kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Nor Hisham
Nor Hisham

"Dalam insiden tidak diduga itu, sebanyak 15 orang tercedera dan empat kematian dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga April 2024.

"Seramai 13 orang berjaya diselamatkan pihak JBPM dalam kejadian malang tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Nor Hisham berkata, Selangor mencatatkan jumlah kejadian pokok tumbang tertinggi iaitu sebanyak 210 kes bagi tempoh empat bulan pada tahun ini manakala 169 kes di Perak dan 118 kes di Sarawak.

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, tahun lalu JBPM mencatat kejadian pokok tumbang sebanyak 4,825 di seluruh negara dengan 10 kematian dan 47 orang tercedera ekoran kejadian tersebut manakala 77 orang berjaya diselamatkan pihak JBPM menerusi khidmat kemanusiaan diberikan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sebanyak 953 kejadian pokok tumbang berlaku di Selangor, diikuti Perak (575) dan Johor (523) pada 2023.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!