Pekebun sayur maut: Polis buru 'Deni'
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan siasatan, polis tidak menolak kemungkinan suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu masih berada di sekitar Cameron Highlands.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca pergaduhan itu.
"Pergaduhan membabitkan tiga individu, dan seorang lagi mangsa turut mengalami kecederaan.
"Polis juga sedang mengesan senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Selasa.
Yahaya berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain.
"Pihak polis sudah mengesan majikan yang memiliki pasport suspek dan akan mengeluarkan gambar orang dikehendaki itu," katanya.
Dalam kejadian 30 Mei lalu, seorang pekerja kebun warga Indonesia berusia 50-an maut manakala rakannya cedera dalam pergaduhan membabitkan tiga individu di tepi jalan kawasan Tringkap, Cameron Highlands.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, rakannya berusia 30-an dilaporkan cedera.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!