Filipina batalkan 29 penerbangan domestik

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada Isnin malam menaikkan tahap amaran Gunung Kanlaon kepada tahap dua akibat letusan yang berlangsung selama enam minit. Foto AFP
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada Isnin malam menaikkan tahap amaran Gunung Kanlaon kepada tahap dua akibat letusan yang berlangsung selama enam minit. Foto AFP
A
A
A

MANILA - Kira-kira 29 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Filipina telah dibatalkan susulan letusan Gunung Kanlaon di Pulau Negros, menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada Selasa, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) pada Isnin malam menaikkan tahap amaran Gunung Kanlaon daripada tahap satu kepada tahap dua akibat letusan yang berlangsung selama enam minit, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Pihak berkuasa penerbangan menasihatkan juruterbang untuk mengelak daripada terbang berhampiran puncak gunung berapi kerana pancutan daripada letusan freatik secara tiba-tiba boleh membahayakan. - Bernama-WAM

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!