Mabuk punca dua lelaki bergaduh di kedai makan

No Image Caption
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan pergaduhan antara dua lelaki di sebuah kedai makan di sini berpunca daripada salah seorang daripada mereka berada di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis menerima laporan berhubung satu kejadian pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai makan di sini.

Menurutnya, polis menerima laporan daripada mangsa pada jam 8.07 malam, 1 Jun lalu.

"Hasil siasatan mendapati, kejadian tersebut berlaku pada jam 4 pagi, 31 Mei lalu. Pergaduhan tersebut melibatkan dua lelaki tempatan di sebuah kedai makan di sini.

"Setakat ini tiada tangkapan lagi. Siasatan awal mendapati, punca pergaduhan adalah salah seorang daripada mereka dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Ujar Razlam, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pada jam 2 petang semalam (Isnin), telah terkesan satu rakaman klip video berdurasi 1 minit 51 saat yang dimuat naik di aplikasi X memaparkan insiden pergaduahan antara dua individu di sebuah kedai makan.

"Saya ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menularkan video berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: