Polis siasat kekecohan di KKIA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador
A
A
A

HULU KINTA - Tiada diskriminasi dalam siasatan polis berhubung insiden kekerasan terhadap Exco Pemuda UMNO, Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah Ahad lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan masih diteruskan dan tindakan akan diambil setelah siasatan lengkap.

“Apa yang dapat lihat paparan dalam video itu, beberapa individu begitu marah terhadap Papagomo yang didakwa telah mencetuskan kemarahan mereka. Reaksi mereka bertempik dan berteriak di lapangan terbang sebagaimana dalam video itu pasti akan disiasat.

“Kita akan ambil tindakan tidak kira sama ada A salah ke B salah ke, kedua-duanya kami akan siasat. Apabila ada bukti tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Briged Utara Pasukan Gerakan Am Tahun 2020 di Briged Utara Ulu Kinta di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid turut menyelar perbuatan dalam insiden itu yang memberi persepsi negatif terhadap negara.

“Perbuatan-perbuatan ini tidak sihat, berlaku pula di lapangan terbang tidak kira kedua-dua pihak. Saya bukan menyebelahi sesiapa. Ia nampak tidak baik apabila dipaparkan dan menjadi tular seolah-olah negara tiada undang-undang.

“Kalau buktinya ada, akan dikenakan tindakan undang-undang. Yakinlah dalam apa juga insiden akan disiasat dan diambil tindakan tidak akan terlepas,” katanya.

Semalam, Papagomo dalam kenyataan di laman media sosial Facebooknya mendakwa, beliau dipukul sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan).

Artikel Berkaitan:

Dalam laporan Bernama sebelum ini, Warisan turut menafikan terlibat dalam insiden kekerasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Papagomo buat laporan polis, beliau 'diserang' di KKIA

'Maruah kita tak serendah dia, Warisan nafi serang Papagomo'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!