Gerai jual makanan rosak dihempap pokok

Anggota Bomba melihat sebatang pokok tumbang menghempap sebuah struktur gerai di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Selasa.
Anggota Bomba melihat sebatang pokok tumbang menghempap sebuah struktur gerai di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Struktur sebuah gerai rosak akibat dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru dekat sini pada Selasa.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Alias Che Pa berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden terbabit pada jam 2.38 petang.

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Alias berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 2.47 petang, mendapati sebatang pokok tumbang dan dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian terbabit

"Kejadian berlaku di dalam kawasan persendirian dan pemilik tanah akan menggunakan khidmat kontraktor luar untuk kerja pembersihan pokok tumbang tersebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!