Dua juruterbang maut nahas pesawat latihan tentera di Turkiye

Lokasi pesawat terhempas di Kayseri. Foto Anadolu
Lokasi pesawat terhempas di Kayseri. Foto Anadolu
A
A
A

ANKARA - Dua juruterbang terbunuh selepas sebuah pesawat latihan terhempas di tengah Turkiye, kata Kementerian Pertahanan Negara pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pesawat jenis SF-260D milik Markas Tentera Udara, yang berlepas dari Markas Pangkalan Utama Pengangkutan Udara ke-12 di Kayseri untuk latihan, terhempas atas sebab yang tidak diketahui, menurut kementerian itu dalam hantaran di platform X.

Usaha mencari dan menyelamat telah bermula, kata kementerian itu. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: