Lelaki warga emas muda 30 tahun selepas pembedahan plastik

Wajah testimoni Michael yang tular sebelum dan selepas melakukan pembedahan plastik di Klinik Este Med.
Wajah testimoni Michael yang tular sebelum dan selepas melakukan pembedahan plastik di Klinik Este Med.
A
A
A

TURKIYE - Sebuah klinik pembedahan plastik berpangkalan di Istanbul menarik perhatian ramai apabila gambar pembedahan seorang lelaki sebelum dan selepas menunjukkan perubahan sangat ketara sehingga pakar menganggapnya mustahil untuk dilakukan.

Memetik laporan Oddity Central, Klinik Este Med yang berkongsi wajah testimoni seorang lelaki dikenali sebagai Michael memperlihatkan perubahan luar biasa apabila muda 30 tahun selepas melakukan rawatan di klinik berkenaan.

Sementara itu cubaan MailOnline untuk mendapatkan respons daripada klinik berkenaan berhubung situasi luar biasa itu gagal apabila pesanan mereka tidak dibalas.

Dalam pada itu, pakar kecantikan skeptikal dengan gambar testimoni berkenaan yang menyifatkan bahawa ada unsur penipuan di sebalik perubahan ketara pada Michael.

"Perubahan yang nampak sangat ketara perbezaannya, kualiti kulit juga amat mencurigakan, malah jika diteliti wajah Michael selepas pembedahan berkulit orang yang berusia 35 tahun, itu tidak mungkin sekali," kata pakar bedah plastic Dr Nigel Mercer kepada MailOnline. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!