Angka korban akibat serangan Israel meningkat kepada 36,550 orang

Rakyat Palestin memindahkan orang yang cedera berikutan serangan udara Israel ke atas kem pelarian Al Bureije di selatan Semenanjung Gaza. Foto EPA
Rakyat Palestin memindahkan orang yang cedera berikutan serangan udara Israel ke atas kem pelarian Al Bureije di selatan Semenanjung Gaza. Foto EPA
A
A
A

ANKARA - Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak Oktober lepas telah mencecah 36,550 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikepung itu pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 82,959 orang turut cedera dalam serangan itu, tambah kementerian itu dalam satu kenyataan memetik Agensi Anadolu.

"Tentera Israel membunuh 71 orang dan mencederakan 182 yang lain dalam tujuh 'pembunuhan beramai-ramai' terhadap keluarga dalam tempoh 24 jam yang lepas," menurut kementerian itu.

"Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," katanya.

Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas wilayah Palestin sejak 7 Oktober 2023 walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera di wilayah itu.

Hampir lapan bulan selepas perang Israel, sebahagian besar gaza runtuh di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.

Israel dituduh melakukan 'pembunuhan beramai-ramai' di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang dalam keputusan terbarunya telah mengarahkan Tel Aviv untuk segera menghentikan operasinya di Rafah, iaitu lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada 6 Mei. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!