Pyanhabib meninggal dunia

Pyanhabib
Pyanhabib
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penyair dan pelakon, Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Hulu Kelang, Selangor pada Selasa.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Sinaganaga Ben Hussain yang dipercayai rakannya di aplikasi Facebook.

“Abang Pyanhabib telah meninggal dunia, al-Fatihah,” katanya.

Dalam pada itu, berita pemergian berkenaan turut dikongsi oleh Exco Selangor, Mohd Najwan Halimi di media sosialnya.

“Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang sebentar tadi.

“Sesungguhnya kita datang dari ALLAH dan kepada ALLAH jua kita akan kembali,” katanya.

Pyanhabib dilahirkan pada 27 Mei 1958 di Taiping, Perak berjaya membawa watak Osman Tikus dalam filem Kembara Seniman Jalanan pada 1986.

Beliau dipercayai hilang pendengarannya ketika berusia 12 tahun setelah diserang demam panas.

Artikel Berkaitan:

Antara filem lain yang pernah dilakonkan oleh Allahyarham adalah Tsu Feh Sofiah (1986), Rozana Cinta 87 (1987), Tak Kisahlah Beb (1989), Mat Som (1990), Rock Oo! (2013), Apokalips X (2014) dan Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium (2015).

Pyanhabib pernah dicalonkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem arahan Rahim Razali yang berjudul Tsu Feh Sofiah, namun beliau menolak penganugerahan tersebut di Festival Filem Malaysia ke-7.

Beliau dikatakan terkilan kerana tidak dipertandingkan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan dan menjadikan satu-satunya pelakon yang menolak pengiktirafan tertinggi dalam industri filem di negara ini sehingga kini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!