Anwar bincang perancangan pelaburan dengan FUJIFILM

Anwar menerima kunjungan hormat Hidetoshi Ilzawa serta delegasinya di pejabat Perdana Menteri petang tadi. Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar menerima kunjungan hormat Hidetoshi Ilzawa serta delegasinya di pejabat Perdana Menteri petang tadi. Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengadakan perbincangan dengan FUJIFILM Healthcare Americas Corporation (FUJIFILM) mengenai perancangan pelaburan dan sokongan yang boleh dilaksanakan oleh syarikat itu dalam sektor kesihatan di Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sesi tersebut dijalankan sempena kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden FUJIFILM, Hidetoshi Ilzawa serta delegasinya ke pejabat Perdana Menteri petang tadi.

Beliau berkata, perbincangan itu turut melibatkan penjagaan kesihatan, latihan dan dokumentasi rekod perubatan.

"Pertemuan dan perbincangan hari in selari dengan fokus kerajaan dalam menggerakkan transformasi teknologi, terutamanya dalam sektor awam,” kata Anwar menerusi hantaran di laman X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) beliau pada Selasa.

FUJIFILM adalah syarikat utama dalam inovasi penyelesaian diagnostik dan pengimejan perusahaan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang merentasi pencegahan, diagnosis dan rawatan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!