AUFT 2024: Malaysia dapat tonik semangat berdepan Korea Selatan

Antara aksi menarik Malaysia menentang Filipina dalam perlawanan kedua Kumpulan A Kejuaraan AUFT 2024 di UKM, Bangi pada Selasa.
Antara aksi menarik Malaysia menentang Filipina dalam perlawanan kedua Kumpulan A Kejuaraan AUFT 2024 di UKM, Bangi pada Selasa.
A
A
A

"ALHAMDULILLAH, perancangan pasukan berjaya dilaksanakan sebaik mungkin pemain-pemain untuk tiga mata skuad negara."

Itu reaksi pengendali skuad negara, Ridzuan Abu Shah selepas anak buahnya melupakan kekalahan tipis 0-1 kepada Oman dengan kemenangan meyakinkan 3-1 ke atas Filipina dalam aksi kedua Kumpulan A Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak Universiti Asia (AUFT) 2024 pada Selasa.

"Hari ini kita, melakukan 80 peratus rotation pemain bagi memastikan kecergasan mereka tidak terjejas akibat kecederaan dan keletihan berikutan jadual perlawanan yang padat.

"Alhamdulillah juga apabila rotation pemain utama dimasukkan separuh masa kedua memberikan impak lebih positif kepada pasukan.

"Biarpun sedikit kelekaan bahagian pertahanan separuh masa kedua menyaksikan kita dihukum jaringan penyamaan pasukan Filipina, namun kecemerlangan Asyraf Fadhil terutamanya menyelamatkan sepakan penalti berjaya menyelamatkan pasukan," katanya.

Kedudukan pasukan selepas dua perlawanan. Foto Sukan IPT
Kedudukan pasukan selepas dua perlawanan. Foto Sukan IPT

Di Arena Sukan Azman Hashim (ASAH) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), anak buah Ridzuan memimpin separuh masa pertama menerusi gol yang dijelmakan hasil tandukan Hausen Shwahiri Hasboni Syawal pada minit ke-27.

Filipina bangkit separuh masa kedua menerusi gol dijelmakan Edgar Aban (m-56) berpunca kelekaan bahagian pertahanan sebelum jaringan Muhammad Khairil Mohd Zain (m-62) dan gol pemain gantian, Muhammad Darwisy Abdullah (m-86) mengesahkan tiga mata skuad negara.

Artikel Berkaitan:

Skuad negara akan berdepan pendahulu Korea Selatan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas dua aksi kumpulan.

"Korea Selatan sememangnya pasukan yang kuat kerana dibarisi pemain skuad kebangsaan.

"Jadi, saya mahu pemain-pemain yang diturunkan berdepan Korea Selatan akan memberikan aksi 200 peratus sebagai satu unit pasukan dalam pertarungan ibarat perlawanan akhir," ujar Ridzuan.

INFO

KEJUARAAN AUFT 2024

KEPUTUSAN

KUMPULAN A

Korea Selatan 5 - 3 Oman

Malaysia 3 - 1 Filipina

KUMPULAN B

Jepun 3 - 0 Vietnam

Thailand 1 - 0 Taiwan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!