Ambil perhatian serius masalah rakyat Malaysia gemuk

Masalah kegemukan mungkin disebabkan sudah terlalu selesa untuk menjamu selera secara berlebihan, tak hirau berat badan semakin bertambah. Gambar hiasan
Masalah kegemukan mungkin disebabkan sudah terlalu selesa untuk menjamu selera secara berlebihan, tak hirau berat badan semakin bertambah. Gambar hiasan
A
A
A

MASALAH kegemukan rakyat Malaysia perlu diambil perhatian lebih serius oleh semua pihak kerana perkara tersebut tidak sepatutnya dinormalisasikan.

Lebih menyedihkan apabila kira-kira 11 juta orang mengalami berat badan berlebihan dan obes di setiap lapisan masyarakat.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan sebanyak 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan.

Rekod itu meningkat tiga peratus berbanding 50.1 peratus pada 2019.

Adakah jumlah tersebut perlu dibanggakan oleh rakyat Malaysia?

Jadi, setiap pihak perlu memberikan kerjasama serta bertanggungjawab bagi memastikan rakyat Malaysia mengekalkan kesihatan yang berpanjangan.

Orang ramai digesa untuk mengamalkan kehidupan yang sihat dengan menjaga pemakanan, mengambil kuantiti makanan yang sepatutnya dan tidak mengambil makanan berkalori secara berlebihan.

Ibu bapa diminta untuk mengawal dan menjaga pemakanan anak-anak terutama mereka yang masih di lingkungan lapan tahun ke bawah.

Artikel Berkaitan:

Ia berikutan masalah kegemukan mungkin disebabkan sudah terlalu selesa untuk menjamu selera secara berlebihan pada awal usia sehingga tidak menghiraukan berat badan yang semakin bertambah.

Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting supaya anak-anak tidak mengalami obesiti daripada kecil.

Dalam pada itu, pihak kerajaan sewajarnya bertindak untuk mengurangkan penjualan makanan tidak berkhasiat terutama di pasar malam.

Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan rakyat Malaysia terbiasa untuk makan makanan berminyak dan berkolesterol tinggi tanpa pantauan daripada orang lain.

Jadi, wajarlah untuk pihak kerajaan untuk menjamin cara pemakanan rakyat Malaysia supaya tidak membawa kepada masalah kesihatan yang lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!