Itali belum ada calon sarung jersi nombor 10

Pallegrini (kiri) dan Barella disenaraikan dalam skuad Itali bagi menghadapi kempen Euro 2024 di Jerman pertengahan bulan depan. Foto Agensi
Pallegrini (kiri) dan Barella disenaraikan dalam skuad Itali bagi menghadapi kempen Euro 2024 di Jerman pertengahan bulan depan. Foto Agensi
A
A
A

SKUAD kebangsaan Itali kendalian Luciano Spalletti masih belum menentukan pemain manakah yang bakal menyarung jersi bernombor 10 dalam kejohanan Euro 2024 yang berlangsung di Jerman pada pertengahan bulan depan.

Setakat ini, kapten AS Roma, Lorenzo Pellegrini kerap menyarung jersi bernombor 10 dalam aksi antarabangsa Gli Azzurri dan kali terakhir dilihat memakai jersi keramat itu pada perlawanan persahabatan menentang Ecuador pada Mac lalu.

Namun, Pellegrini bukan satu-satunya calon untuk jersi berkenaan kerana Spalletti turut mempunyai seorang lagi calon yang dikira layak memakai nombor 10 berkenaan.

“Pellegrini boleh menjadi pemain bernombor 10 tetapi Nicolo Barella (Inter Milan) juga boleh menjadi pemain bernombor 10.

“Gerak-geri Barella penuh tipu daya yang mengelirukan pemain lawan.

“Tetapi bola sepak bukan sukan individu dan saya tidak mahu menjadikan siapa menjadi pemain nombor 10 sebagai isu,” katanya.

Pallegrini dan Barella yang bermain di posisi tengah tampil cemerlang dalam kempen Serie A musim ini.

Jersi bernombor 10 amat sinonim dengan legenda Itali seperti Roberto Baggio, Alessandro Del Piero, Gianni Rivera, Giancarlo Antognoni, dan Francesco Totti.

Artikel Berkaitan:

Untuk kempen kali ini, Itali yang tampil selaku juara bertahan tidak menyenaraikan sebahagian skuad yang memenangi kejuaraan Euro 2020.

Malah, Iatli juga telah diletakkan dalam kumpulan maut bersama Crotia, Sepanyol dan Albania yang dijangka mampu membuat kejutan di Jerman nanti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!