Lelaki pecah rekod taip guna hidung

Vinod Kumar Chaudhary berjaya pecah rekod sendiri taip guna hidung. Agensi
Vinod Kumar Chaudhary berjaya pecah rekod sendiri taip guna hidung. Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seorang lelaki India memecahkan Rekod Dunia Guinness (GWR) sendiri untuk kali ketiga dengan menaip abjad papan kekunci dengan menggunakan hidungnya.

Menurut GWR, Vinod Kumar Chaudhary, 44, mula-mula menetapkan rekod untuk masa terpantas menaip abjad dalam kategori sama sebanyak tiga kali dan setiap kali dia berjaya memecahkan rekod sebelumnya.

Rekod pertama dirangkulnya pada tahun 2023, apabila beliau mencatat masa 27.8 saat dan beliau memecahkan rekod itu sekali lagi pada tahun sama dengan masa 26.73 saat.

Pada kali ketiga Chaudhary memecahkan rekod dengan pencapaian dalam masa 25.66 saat.

GWR yang berkongsi video menunjukkan Chaudahary menaip abjad dengan hidung di papan kekunci secara satu persatu.

Peraturan rekod memerlukan Chaudhary menaip kesemua 26 huruf abjad Rom pada papan kekunci QWERTY standard dengan ruang antara setiap huruf.

Selain menaip menggunakan hidung, Chaudhary juga memegang rekod untuk masa terpantas untuk menaip abjad ke belakang (tangan tunggal), dengan masa 5.36 saat, dan masa terpantas untuk menaip abjad dengan tangan di belakang, pada 6.78 saat.

“Profesion saya adalah menaip, itulah sebabnya saya terfikir untuk membuat rekod di dalamnya, di mana minat dan mata pencarian saya kekal,” katanya kepada GWR.

Artikel Berkaitan:

Sebelum memecahkan rekod menaip menggunakan hidungnya, Chaudhary terpaksa berlatih selama berjam-jam dalam tempoh sehari dan kadang kala menyebabkan kepalanya pening.

Bagaimanpun, katanya jika dia sentiasa konsisten segalanya akan menjadi mudah selain berfikiran positif. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!