Naik gaji pekerja, perkasa wakaf kesihatan

Gambar hiasan. Gambar kecil: Ahmed Razman
Gambar hiasan. Gambar kecil: Ahmed Razman
A
A
A

SHAH ALAM - Majikan digesa meningkatkan gaji pekerja dan kadar caruman bagi tujuan membantu mereka membiayai keperluan persaraan.

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, syarikat perlu memainkan peranan dalam usaha membantu pekerja menambah simpanan hari tua.

Menurutnya, apabila gaji dinaikkan maka jumlah caruman dalam KWSP akan bertambah kerana berlaku kenaikan kadar caruman daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan.

“Seterusnya, pihak yang harus membantu pekerja ialah wakaf, memandangkan kerajaan telah memperkasa institusi berkenaan kerana ia bukan sahaja bantu dari segi kewangan malah menyediakan kemudahan kesihatan.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.

“Sebagai contoh, pesara yang ada mengalami masalah kesihatan boleh mendapatkan bantuan melalui wakaf. Saya lihat sistem zakat, baitulmal dan wakaf, boleh memainkan peranan yang lebih aktif dalam membantu pekerja, pesara dan warga tua secara keseluruhan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai peranan kerajaan dan KWSP dalam membantu pekerja menghadapi alam persaraan dengan menetapkan kadar dividen tinggi untuk pencarum yang memiliki jumlah tabungan bawah RM100,000, Ahmed Razman memberitahu ia bukan langkah yang tepat.

“Cadangan berkenaan boleh dilaksanakan, namun tidak adil bagi pencarum yang mempunyai jumlah tabungan lebih daripada RM100,000,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!