Dua remaja lelaki ditahan, baling pasu ke arah balai polis

Anbalagan. Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Anbalagan. Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

SERDANG - Dua remaja lelaki ditahan kerana disyaki membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kedua-dua suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan pada jam 4 petang.

"Semakan dilakukan mendapati seorang daripada suspek adalah pelajar, manakala suspek kedua adalah penganggur.

"Dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek, polis merampas serpihan batu atau pasu yang digunakan dalam tiga kejadian khianat.

"Ia termasuk kes khianat terhadap pagar Balai Polis Serdang yang dipercayai dilakukan oleh dua suspek terbabit pada hari sama," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Anbalagan berkata, pihaknya turut merampas pakaian yang dipakai oleh kedua-duanya pada hari kejadian.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat," katanya.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan dua individu yang tidak puas hati selepas ditegur anggota polis kerana tidak memakai topi keledar bertindak membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!