Simpanan lebih RM300,000 lesap gara-gara phone scam

Seorang wanita warga emas berputih mata apabila wang simpanannya lebih RM300,000 lesap selepas menjadi mangsa ‘phone scam’, baru-baru ini. Gambar hiasan
Seorang wanita warga emas berputih mata apabila wang simpanannya lebih RM300,000 lesap selepas menjadi mangsa ‘phone scam’, baru-baru ini. Gambar hiasan
A
A
A

BATU PAHAT – [DIKEMAS KINI] Seorang wanita warga emas berputih mata apabila wang simpanannya lebih RM300,000 lesap selepas menjadi mangsa ‘phone scam’, baru-baru ini.

Menurut pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, pada 6 Mei lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Katanya, suspek mendakwa mangsa tersenarai antara suspek yang akan ditangkap bagi kes penggubahan wang haram selain segala asset serta wang miliknya akan dibekukan.

“Suspek kemudiannya meminta wanita terbabit menyerahkan maklumat perbankan akaun bank milik mangsa kononnya bagi tujuan siasatan pihak Jabatan Audit Negara.

“Pada 19 Mei, mangsa telah membuat pindahan wang ke dua akaun yang berbeza secara berperingkat sebanyak RM66,050.

“Isnin lalu, mangsa membuat semakan melalui sistem perbankan dalam talian dan mendapati pengurangan wang sebanyak RM244,945.78 dalam akaun banknya dan menjadikan keseluruhan kerugian RM310,995.78,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Polis menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali dan membuat semakan dengan pihak berkaitan jika diarahkan untuk melakukan apa juga urusan meragukan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!