Pekerja kilang maut tercampak, rakan cedera parah

Motosikal Yamaha 135LC mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta hingga meragut nyawanya di Jalan Tun Razak- Simpang Taman Ayer Keroh Height, di sini, pada malam Selasa. Gambar kecil: Muhibbuddin Fitri
Motosikal Yamaha 135LC mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta hingga meragut nyawanya di Jalan Tun Razak- Simpang Taman Ayer Keroh Height, di sini, pada malam Selasa. Gambar kecil: Muhibbuddin Fitri
A
A
A

MELAKA - Seorang pekerja kilang kaca maut manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tun Razak-Simpang Taman Ayer Keroh Height, di sini, pada malam Selasa.

Dalam kejadian lebih kurang jam 10.30 malam, Muhibbuddin Fitri Farid, 19, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, rakan mangsa, Nor Natasha Mohd Faizul, 17, yang beralamat di Taman Mas Merah, Batu Berendam cedera parah di kepala serta badan dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menuju ke arah Ayer Keroh.

Kereta Perodua Myvi dipandu warga emas terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Tun Razak- Simpang Taman Ayer Keroh Height, di sini, pada malam Selasa.
Kereta Perodua Myvi dipandu warga emas terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Tun Razak- Simpang Taman Ayer Keroh Height, di sini, pada malam Selasa.

Bagaimanapun katanya, setiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki warga emas dari arah bertentangan membelok ke kanan simpang ke untuk masuk ke Taman Ayer Keroh Heights.

"Motosikal mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kiri kereta berkenaan sebelum kedua-dua mangsa tercampak di jalan raya.

"Akibat pelanggaran itu penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala rakannya menerima rawatan di Zon Merah Hospital Melaka," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, pemandu kereta berusia 77 tahun itu hanya mengalami luka dan polis meminta saksi bebas untuk tampil membuat laporan selain tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi nahas.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!