City dakwa jadi mangsa diskriminasi

City mengambil tindakan undang-undang terhadap Liga Perdana.
City mengambil tindakan undang-undang terhadap Liga Perdana.
A
A
A

MANCHESTER City telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam usaha meminta pemansuhan peraturan Associated Party Transaction (APT).

Langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini akan dibicarakan dalam perbicaraan timbang tara persendirian mulai minggu depan, menurut Times.

Peraturan APT telah diperkenalkan pada 2021 dan bertujuan untuk menghalang kelab daripada menaikkan tawaran penajaan dengan syarikat yang dikaitkan dengan pemiliknya sekali gus memastikan persaingan yang adil.

City mendakwa peraturan itu menyalahi undang-undang dan mendiskriminasi. Mereka berhujah bahawa penaja, seperti mereka yang mempunyai hubungan dengan pemilikan Abu Dhabi, harus mempunyai kebebasan untuk menetapkan harga tajaan.

Mereka percaya sistem semasa EPL yang memerlukan penilaian bebas untuk tawaran sedemikian menyekat keupayaan mereka untuk meningkatkan pendapatan.

Bagaimanapun, kelab lain bimbang langkah ini boleh memusnahkan daya saing liga. Lebih separuh daripada kelab telah memihak kepada Liga Perdana.

Mereka percaya ia akan membolehkan pemilik terkaya untuk membelanjakan jumlah tanpa had untuk pemain dan infrastruktur, memintas Peraturan Keuntungan dan Kemampanan.

Tuntutan ini turut bakal memberi kesan kepada pendengaran berasingan Man City pada November mengenai 115 dakwaan pelanggaran peraturan kewangan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!