[VIDEO] Anak Hamzah Zainudin didakwa terima rasuah RM100,000

A
A
A

KUALA LUMPUR - Anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 bagi mendapatkan tender sebuah syarikat, enam tahun lalu.

Perunding syarikat, Muhammad Faisal, 40, yang memakai kot berwarna hitam, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rozina Ayob.

“Saya mengaku tidak bersalah,” kata bapa kepada empat anak ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima suapan itu daripada seorang individu sebagai upah bagi Heitech Padu Berhad melantik syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Per My Solutions sebagai konsultan pemasaran disebabkan pengaruh yang dimilikinya.

Muhammad Faisal dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 bagi mendapatkan tender sebuah syarikat, enam tahun lalu.
Muhammad Faisal dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 bagi mendapatkan tender sebuah syarikat, enam tahun lalu.

Seterusnya dua syarikat itu dibayar komisen berjumlah RM700,000 selepas Heitech Padu dianugerahkan tender 'Supply, Rental, Implementation, Training, Support and Maintenance of Security Infrastructure' bernilai RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sebuah pejabat di Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, di sini pada Mac 2018 lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan, atau jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat mencadangkan, anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri ini diberi ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

“Ia termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat SPRM di sini dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

“Mahkamah perlu mengambil latar belakang tertuduh pada kes ini, yang mana dia merupakan seorang anak bekas menteri. Bagaimanapun, peguam, Ravinder Singh Dhalliwal merayu agar anak guamnya, diberi ikat jamin pada kadar rendah.

“Pembelaan tidak membantah syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan, namun Muhammad Faisal perlu ke negara untuk pembukaan sebuah asrama di Thailand,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rozina membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan termasuk disenarai hitam ke luar negara.

Mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Tahun lalu, Muhammad Faisal dan seorang individu didakwa atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan.

Muhammad Faisal dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 bagi mendapatkan tender sebuah syarikat, enam tahun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!