Dipukul pengiring VIP: Pemandu e-hailing OKU dirakam keterangan

Pemandu e-hailing berkenaan (kiri) bersama N. Surendran dan Latheefa Koya di pekarangan pintu hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.
Pemandu e-hailing berkenaan (kiri) bersama N. Surendran dan Latheefa Koya di pekarangan pintu hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel dipanggil untuk dirakam keterangan pada Rabu.

Individu terbabit dilihat tiba di pekarangan pintu hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 10.45 pagi.

Peguam Lawyer For Liberty terdiri daripada N. Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa turut hadir.

Pemandu e-hailing OKU terbabit dipanggil untuk dirakam keterangan pada Rabu.
Pemandu e-hailing OKU terbabit dipanggil untuk dirakam keterangan pada Rabu.

Pada Rabu media melaporkan, pemandu kenderaan e-hailing terbabit mendakwa dipukul seorang pengawal keselamatan rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara pada Selasa telah menarik balik laporannya pada hari yang sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, individu berkenaan, yang juga OKU telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama.

Rusdi dalam kenyataan yang sama berkata, polis Kuala Lumpur telah menerima satu laporan polis, pada 28 Mei lalu pada jam 1 petang oleh pengadu yang merupakan seorang pemandu e-hailing.

Susulan itu pada Jumaat, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian itu dan mahu tindakan undang-undang diambil demi memberi keadilan kepada mangsa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!