Kelantan sedia selaras kadar gaji penjawat awam

Mohd Nassuruddin. Foto Facebook Mohd Nassuruddin
Mohd Nassuruddin. Foto Facebook Mohd Nassuruddin
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan akan melaksanakan kenaikan kadar gaji dan elaun tetap penjawat awam negeri ini selaras dengan penetapan oleh Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, penetapan kadar gaji dan elaun tetap penjawat awam negeri terikat dengan penetapan dan kelulusan oleh kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, sebarang penetapan kadar gaji dan elaun yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan akan terpakai kepada kerajaan negeri.

“Pada keseluruhannya, apa-apa pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia turut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri termasuk Kelantan.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri akan turut menyemak kadar gaji dan elaun tetap penjawat awam negeri sebagaimana pekeliling perkhidmatan yang akan diterima nanti dan diputuskan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa negeri,” katanya pada Persidangan Kali Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 bagi Tahun 2024 di Kompleks Darulnaim di sini pada Rabu.

Mohd Nassuruddin (kanan) menadah tangan berdoa menjawab soalan pada Persidangan Kali Kedua DUN Ke-15 bagi Tahun 2024. Foto Facebook Mohd Nassuruddin
Mohd Nassuruddin (kanan) menadah tangan berdoa menjawab soalan pada Persidangan Kali Kedua DUN Ke-15 bagi Tahun 2024. Foto Facebook Mohd Nassuruddin

Beliau menjawab soalan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim - Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mohd Nassuruddin berkata, penyelarasan yang sama juga akan dipertimbangkan bagi pegawai dan kakitangan kontrak.

Artikel Berkaitan:

“Pihak kerajaan negeri sedang pertimbangkan penyelarasan gred gaji berdasarkan merit dan bebanan kerja mereka,” katanya.

Media pada Mei lalu melaporkan kerajaan Kelantan sedia menaikkan gaji penjawat awam bermula Disember ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!