1 maut, 23 cedera insiden letupan di sekolah di Myanmar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

YANGON - Seorang kanak-kanak maut manakala 23 lagi cedera dalam letupan di sebuah sekolah rendah di wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor Xinhua.

Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari waktu tempatan di bandar Dawei.

Sebutir bom yang ditinggalkan oleh pengganas semasa serangan sebelum ini ditemukan oleh pelajar semasa membersihkan kawasan sekolah sebelum membawanya kepada guru.

Bagaimanapun, bom itu terjatuh dan meletup menyebabkan seorang pelajar maut dan mencederakan 22 yang lain serta penjaga seorang pelajar.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!