Suspek larikan kereta di stesen minyak ditahan di Bentong

Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Wan Mohd Zahari
Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Wan Mohd Zahari
A
A
A

KUANTAN - Lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu, di sini, pada Isnin berjaya ditahan di Bentong.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam satu pesanan secara ringkas pada Rabu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penahanan tersebut.

"Ya, suspek telah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Bentong pada Rabu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.10 petang, Isnin, warga emas berusia 68 tahun itu bersama anak dan suaminya menaiki kereta singgah di stesen minyak.

Sebaik anak perempuan keluar dari kereta, suspek masuk dan melarikan kenderaan itu ketika warga emas itu berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Ketika itu, suami warga emas itu berada di tandas di stesen minyak itu.

Artikel Berkaitan:

Mangsa ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak itu tanpa kecederaan, manakala suspek terbabit terus melarikan kereta berkenaan.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian awam apabila tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 55 saat memaparkan kejadian tersebut di kongsi menerusi Aplikasi Whatsapp.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Polis memburu suspek kes melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan bersama penumpang wanita warga emas di sebuah stesen minyak di Semambu, Kuantan pada Isnin. Tindakan nekad lelaki terbabit sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis stesen minyak sebelum videonya dimuat naik dan tular di laman sosial. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari berkata, suspek menurunkan penumpang di tepi jalan kira-kira 400 meter dari tempat kejadian dan terus melarikan kereta jenis Honda City milik seorang akauntan wanita berusia 38 tahun. Muzik: Lance Conrad - Violent Memory dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral

original sound - Sinar Harian