BRIEF-i: Kuskop, Bank Rakyat tawar pembiayaan RM50 juta bantu usahawan India

Ramanan melancarkan program BRIEF-i disaksikan oleh Mohd Irwan (dua dari kiri) dan Mohammad Hanis (kanan).
Ramanan melancarkan program BRIEF-i disaksikan oleh Mohd Irwan (dua dari kiri) dan Mohammad Hanis (kanan).
A
A
A

KEMENTERIAN Pembangunan dan Usahawan Koperasi (Kuskop) dengan kerjasama Bank Rakyat memperkenal Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dengan memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta bagi menggalakkan kaum India menceburi bidang keusahawanan.

Timbalan Menterinya, Datuk R Ramanan berkata, program pembiayaan itu direka khusus untuk usahawan komuniti India yang menjalankan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi penyediaan modal kerja dan perbelanjaan modal untuk membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan yang merangkumi pelbagai sektor.

"Selain itu, ia menawarkan pelbagai kelebihan berbanding program pembiayaan lain yang ada di pasaran iaitu kadar rata 6.50 peratus setahun dengan had pembiayaan antara RM1,000 hingga RM50,000 bagi perusahaan mikro.

Ramanan
Ramanan

"Bagi perusahaan kecil sederhana (PKS), kadar pembiayaan adalah pada kadar asas pembiayaan (KAP) ditambah 0.67 peratus setahun, termasuk yuran jaminan dengan had antara RM50,001 hingga RM1 juta.

"BRIEF-I juga menetapkan proses dokumentasi yang ringkas, jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) disediakan bagi pelanggan PKS dan perlindungan Takaful secara percuma bagi perusahaan mikro serta tidak memerlukan usahawan untuk mempunyai simpanan paksa (force savings) atau menyertai kumpulan bantuan diri (self-help group)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program BRIEF-i di Menara Berkembar Bank Rakyat di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, kriteria kelayakan turut ditetapkan bagi memastikan program pembiayaan itu mencapai golongan sasaran.

"Perusahaan mikro mesti telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun dengan rekod Agensi Pelaporan Kredit (CTOS) dan Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) yang memuaskan.

"Manakala usahawan PKS mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun, mengekalkan rekod CTOS dan CCRIS yang memuaskan serta mempunyai nilai aset bersih yang positif.

"Selain itu, proses kelulusan bagi permohonan BRIEF-i ini hanya akan mengambil masa 14 hari bekerja sahaja," katanya.

Sementara itu, Mohd Irwan berkata, inisiatif ini merupakan usaha berterusan Bank Rakyat dalam menyokong dan memperkasa komuniti perniagaan India di Malaysia dengan menyediakan kemudahan dan sokongan kewangan menyeluruh kepada usahawan komuniti India daripada sektor PMKS di seluruh negara.

Mohd Irwan
Mohd Irwan

“Diharapkan pelancaran program pembiayaan ini dapat memberi kelegaan dan penyelesaian kepada usahawan PMKS untuk meneruskan perniagaan mereka serta menjadikan perusahaan mereka lebih progresif, komprehensif dan bersepadu,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!