Angkara selisih faham, dua lelaki cedera bergaduh

Dua lelaki cedera dalam pergaduhan menggunakan senjata pada 3 Jun lalu. Gambar kecil: Razlam
Dua lelaki cedera dalam pergaduhan menggunakan senjata pada 3 Jun lalu. Gambar kecil: Razlam
A
A
A

GEORGE TOWN - Dua lelaki cedera dalam pergaduhan di satu kawasan perumahan di Jelutong, pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pergaduhan pada jam 11.30 pagi itu melibatkan dua lelaki tempatan yang bersenjatakan parang.

Menurutnya, punca kejadian dikatakan kerana tidak berpuas hati dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua lelaki berkenaan.

"Siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada kedua-dua lelaki berkenaan yang dibuat pada hari yang sama.

"Kedua-dua mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Razlam menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

"Saya menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan rakaman video tersebut," ujarnya.

Pada Selasa, jam 11 malam, satu klip video berdurasi satu minit 16 saat tular di aplikasi Whatsapp memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan dua individu menggunakan senjata.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!