AS tidak akan hantar penasihat tentera, tentera ke Ukraine - Rumah Putih
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghantar tentera, penasihat tentera atau jurulatih ke Ukraine, kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih, Jake Sullivan kepada wartawan, lapor Sputnik.
"Seperti yang telah kami katakan beberapa kali secara rasmi, kami tidak merancang untuk menghantar penasihat tentera, tentera atau jurulatih AS untuk melatih rakyat Ukraine...Bagi pihak kami, kami tidak merancang untuk misi latihan di Ukraine," kata Sullivan di dalam pesawat Air Force One yang dalam perjalanan ke Perancis pada Selasa. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!