Dipukul pengiring VIP: 12 individu dirakam keterangan

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Juruiring kenamaan, mangsa serta pekerja hotel antara 12 individu yang dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan kes melibatkan pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel baru-baru ini.

Selain itu, turut dipanggil anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), rakan mangsa, doktor dan pengarah operasi syarikat e-hailing terlibat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas pendakwaan berkaitan siasatan kes berkenaan telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Ketua Bahagian Pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

"Mangsa dalam kes ini telah menarik laporan polis bagaimanapun sambungan rakaman percakapan dijalankan mendapati pemandu e-hailing berkenaan masih berminat dan ingin meneruskan kes terbabit," katanya pada Rabu.

Jelasnya lagi, semakan dijalankan turut mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod kesalahan.

Dalam pada itu, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu terbabit.

Pada Rabu media melaporkan, pemandu kenderaan e-hailing terbabit mendakwa dipukul seorang pengiring kenamaan di lobi sebuah hotel di ibu negara pada Selasa telah menarik balik laporannya pada hari yang sama.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, individu berkenaan, yang juga OKU telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama.

Susulan itu pada Jumaat, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian itu dan mahu tindakan undang-undang diambil demi memberi keadilan kepada mangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Kertas siasatan telah dirujuk kepada Ketua Bahagian Pendakwaan - Polis #fyp #SinarHarian #PDRM #PukulOKU #Ehailing #UTK #PengawalKenamaan #RazarudinHusain

Dramatic Epic Orchestra - BFCmusic