Ismail seorang pembantu yang setia, komited - Tun M

Kenangan Tun M (kiri) bersama Ismail. Foto X Dr Mahathir Mohamad
Kenangan Tun M (kiri) bersama Ismail. Foto X Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembantunya, Ismail Manaf yang meninggal dunia pagi tadi sebagai seorang yang setia dan komited dengan tugas.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Dr Mahathir berkata, Ismail seorang yang luar biasa kesetiaannya dan tidak pernah tidak datang kerja.

"Beliau tidak pernah cuai, sehingga semalam pun Ismail masih lagi datang bekerja. Apabila saya datang pejabat, tak pernah Ismail tiada.

"Beliau setia tunggu untuk buat kerja-kerja yang diperlukan dan seorang yang berkhidmat bukan semata-mata untuk mendapat upah tetapi kerana percaya apa yang dia sedang lakukan adalah sesuatu yang baik," katanya pada Rabu.

Ismai merupakan pembantu dan penyokong kuat Dr Mahathir sejak beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi pada tahun 70-an.

Tambah Dr Mahathir, beliau berasa sangat sedih kerana kehilangan seorang kawan baik dan penyokong kuat.

"Semalam Ismail tidak sihat dan sepatutnya bercuti hari ini. Sebelum pulang kami sempat bersalaman.

"Saya tidak sangka itulah kali terakhir kami berjumpa, ketentuan ALLAH setiap yang hidup pasti akan mati.

Artikel Berkaitan:

"Hari ini Ismail tak tunggu saya lagi dan saya kehilangan seorang pembantu yang ikhlas," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!