Harga runcit RON95, RON97 dan diesel kekal sehingga 12 Jun
SHAH ALAM - Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM3.47 seliter serta RM2.5 seliter, manakala diesel pada harga RM2.15 seliter bagi tempoh 6 sehingga 12 Jun.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, penetapan tersebut adalah bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global.
“Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan telah menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism bagi tempoh 6 sehingga 12 Jun,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.
Tambah kenyataan itu, ia bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!