Ular sawa muntahkan anak lembu

Anggota APM menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap. Foto APM
Anggota APM menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap. Foto APM
A
A
A

BALING - Seekor ular sawa memuntahkan semula anak lembu yang ditelan ketika cuba ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Kampung Guar Chempedak di sini pada Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz berkata, sebelum itu anggota APM menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 12.05 tengah malam berhubung penemuan ular terbabit dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati ular sawa itu dalam keadaan kekenyangan.

"Ular sawa seberat 40 kilogram dan panjang kira-kira tiga meter itu bertindak agresif ketika anggota cuba menangkapnya.

"Bagaimanapun, ketika operasi menangkap sedang dilakukan, ular sawa terbabit dilihat memuntahkan kembali anak lembu yang ditelan," katanya.

Jelasnya, operasi mengambil masa kira-kira 30 minit akibat tindakan agresif ular tersebut selain mengambil kira aspek keselamatan anggota.

Mohd Faizol berkata, ular terbabit yang berjaya ditangkap dibawa ke pejabat APM Baling untuk sementara waktu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!