Jun Hao jinakkan Christie di Jakarta

Leong Jun Hao. Foto AFP
Leong Jun Hao. Foto AFP
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao membuka gelanggang Super 1000 Terbuka Indonesia di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, pada Rabu dengan langkah kanan.

Jun Hao tampil dengan reputasi berstatus nombor 36 dunia berjaya menjinakkan pemain Indonesia, Jonatan Christie dalam aksi 62 minit.

Tampil dengan gaya permainan garang, Jun Hao menang set pertama 21-13 ke atas pilihan ketiga kejohanan tersebut.

Namun Christie yang mara ke suku akhir edisi sebelum ini tidak mengalah bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-16.

Set ketiga, Jun Hao tidak memberi ruang terus meninggalkan pemain nombor tiga dunia tersebut dengan kemenangan 21-12 dalam masa 62 minit.

Kemenangan itu membolehkan Jun Hao berdepan pemenang perlawanan dua wakil Taiwan, Lin Chun-yi menentang Chou Tien-chen di pusingan kedua.

Sementara itu, cabaran beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien berakhir apabila tewas straight set kepada pasangan dari Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 17-21, 18-21.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!