Agong, Raja Permaisuri berkenan terima Darjah Kebesaran Persekutuan

Sultan Ibrahim berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM) yang dipersembahkan Anwar di Istana Negara pada Rabu. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM) yang dipersembahkan Anwar di Istana Negara pada Rabu. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima Darjah Kebesaran Persekutuan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara di sini pada Rabu.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM) dan Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN).

"Darjah Kebesaran DKM dipersembahkan oleh kerajaan Persekutuan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.

"Darjah Kebesaran DMN pula dipersembahkan kepada Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang ditabalkan menjadi Sultan dan Raja di negerinya serta orang yang paling dihormati,” menurut catatan itu.

Raja Zarith Sofiah berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) yang dipersembahkan Anwar di Istana Negara pada Rabu. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Raja Zarith Sofiah berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) yang dipersembahkan Anwar di Istana Negara pada Rabu. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hadir sama, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Awang Alik Jeman dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!