Kakitangan bank ditahan SPRM, terima sogokan lulus pinjaman

Kakitangan bank ditahan SPRM Perak bagi membantu siasatan kes menerima sogokan berjumlah RM141,700.
Kakitangan bank ditahan SPRM Perak bagi membantu siasatan kes menerima sogokan berjumlah RM141,700.
A
A
A

IPOH - Seorang kakitangan bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak bagi membantu siasatan kes menerima sogokan berjumlah RM141,700.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan semasa hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak di sini sekitar jam 4 petang pada Rabu.

Difahamkan, wang sogokan itu diterima bagi meluluskan pinjaman bank berjumlah lebih RM3.4 juta.

Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!