Tinjauan Gangguan Bekalan Air
Peniaga Andra Sham, 28, (kanan) dan Andy Shahputra, 28, mengambil bekalan air di Tangki Statik Air Selangor ketika tinjauan di sekitar Lembah Klang hari ini.
Air Selangor mengingatkan pengguna mengenai pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi, 5 Jun 2024 (Rabu).
Kerja-kerja ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 5 Jun 2024 (Rabu). Para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada 3:00 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!