Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama di Jakarta

Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia Super 1000. Foto AFP
Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia Super 1000. Foto AFP
A
A
A

BEREGU badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah penuh bergaya ke pusingan kedua Terbuka Indonesia Super 1000 pada Rabu.

Dalam aksi pusingan pertama di Istora Senayan, Jakarta, Sze Fei-Nur Izzuddin menundukkan wakil Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura dengan straight set 21-6, 21-7 dalam masa 24 minit.

Kemenangan itu membolehkan Sze Fei-Nur Izzuddin berdepan wakil Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang mengetepikan beregu senegara Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-14, 21-17.

Beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara selepas menewaskan wakil Algeria, Koceila Julien Mammeri-Tanina Violette Mammeri 21-9 dan 21-15 dalam masa 24 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Kian Meng-Pei Jing akan berdepan cabaran beregu dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje di pusingan kedua.

Sementara itu, hasrat beregu campuran negara, Yap Roy King-Valeree Siow untuk meneruskan cabaran berakhir apabila tewas kepada jagoan China, Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin 21-19, 13-21, 18-21.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!