Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari

Abang Johari ketika tiba pada Majlis Ngabang Gawai Dayak Bahagian Betong "Segulai Sejalai", hari ini. Foto Bernama
Abang Johari ketika tiba pada Majlis Ngabang Gawai Dayak Bahagian Betong "Segulai Sejalai", hari ini. Foto Bernama
A
A
A

BETONG - Sarawak tidak akan mengambil hak orang lain dalam usaha untuk memajukan negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, meskipun sudah ada pihak tertentu yang mempersoal tindakan kerajaan negeri Sarawak menguatkuasakan undang-undang berhubung pelarasan pengagihan gas di Bumi Kenyalang, ia telah dibuat setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

"Kita bukannya mengambil hak Petronas (sebagai wakil Persekutuan) tapi kita cuma mengambil balik hak kita sebagaimana yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Kita tahu hak kita dan kalau kita mengambil hak orang lain adalah berdosa,” katanya ketika berucap pada Majlis Ngabang (Kunjungan) Gawai di sini hari ini.

Abang Johari berkata ada pihak mengura-urakan bahawa Sarawak hanya bernasib baik kerana dapat maju berbanding kawasan lain di Malaysia tetapi hakikatnya ia adalah atas daya usaha kepimpinan beliau yang inginkan rakyat negeri itu terus bersatu padu dalam memastikan kejayaan ini dapat dicapai. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!