Prolintas sasar 300 pain darah bantu PDN

Orang ramai yang menyertai Program Derma Darah Prolintas di Pejabat Operasi Lebuhraya Kajang SILK, Plaza Tol Sungai Balak.
Orang ramai yang menyertai Program Derma Darah Prolintas di Pejabat Operasi Lebuhraya Kajang SILK, Plaza Tol Sungai Balak.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Syarikat Prolintas menyasarkan 300 pain darah melalui Program Derma Darah Prolintas bagi membantu Pusat Darah Negara (PDN) menyelamatkan individu memerlukan selain menampung keperluan sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

Program yang berlangsung di Pejabat Operasi Lebuhraya Kajang SILK, Plaza Tol Sungai Balak itu kali ketujuh diadakan dengan kerjasama PDN.

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi), Ir Rostam Shahrif Tami berkata, program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan itu berjaya mengumpul hampir 1,500 pain darah sejak diadakan pada tahun 2014.

"Program ini mempunyai pengikut setia dan jumlah penderma meningkat dari tahun ke tahun," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rostam berkata, statistik PDN menunjukkan terdapat peningkatan permintaan penggunaan darah terutamanya semasa musim perayaan.

"Sehubungan itu penganjuran program pada hari ini diharapkan dapat membantu PDN dalam menyediakan bekalan darah sekali gus memenuhi keperluan tersebut,” katanya.

Katanya, bagi memeriahkan program itu, Prolintas menyediakan aktiviti sampingan seperti acara cabutan nombor bertuah dan pertandingan swafoto di Instagram dengan hashtag #dermadarahProlintas.

"Kesemua penderma menerima cenderahati eksklusif berserta sijil penghargaan dan hadiah istimewa disediakan kepada penderma paling kerap.

Artikel Berkaitan:

"Bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung program derma darah Prolintas dan perkara berkaitan Lebuhraya Kajang SILK, orang awam boleh ke Twitter @SILKHighway, laman web www.prolintas.com.my atau Facebook page di Prolintas Highways," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!