Tujuh tahun tunggu pembedahan jantung

Siti Nur Dayana terpilih menerima bantuan di bawah Program Kebajikan Kardiotorasik Hospital USM - 'Healing Little Heart' 2024.
Siti Nur Dayana terpilih menerima bantuan di bawah Program Kebajikan Kardiotorasik Hospital USM - 'Healing Little Heart' 2024.
A
A
A

KOTA BHARU - Penantian selama tujuh tahun seorang kanak-kanak perempuan untuk menjalani pembedahan jantung tercapai apabila terpilih menerima bantuan di bawah Program Kebajikan Kardiotorasik Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM)-'Healing Little Heart' (HLH) 2024.

Siti Nur Dayana Othman, 7, yang berasal dari Besut, Terengganu menghidap penyakit jantung berlubang serta saluran sempit sejak lahir.

Bapanya, Othman Zakaria, 48, yang bekerja sebagai pemandu menyifatkan bantuan itu merupakan satu anugerah besar buat dia dan isteri, Siti Aisyah Othman, 40.

"Sudah tujuh tahun kami menunggu saat ini, malah kebimbangan kami tentang kos juga turut selesai apabila ia adalah percuma.

"Sebelum ini kami perlu menyediakan kos sekitar RM10,000 untuk satu kes bagi mendapatkan pembedahan di IJN (Institut Jantung Negara).

"Terima kasih Hospital USM serta pakar-pakar dari UK (United Kingdom) yang sanggup melakukan pembedahan terhadap anak kami," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Siti Nur Dayana kelihatan ceria selepas pembedahan ketika menerima rawatan daripada Pengarah Program Kebajikan Kardiotorasik Hospital USM-HLH 2024, Dr Mohd Rizal Mohd Zain (kanan) dan Pakar Kardiologi Kanak-kanak Hospital Glenfield, Leicester, UK, Dr Haris Kotidis.
Siti Nur Dayana kelihatan ceria selepas pembedahan ketika menerima rawatan daripada Pengarah Program Kebajikan Kardiotorasik Hospital USM-HLH 2024, Dr Mohd Rizal Mohd Zain (kanan) dan Pakar Kardiologi Kanak-kanak Hospital Glenfield, Leicester, UK, Dr Haris Kotidis.

Menurut Othman, Siti Nur Dayana sudah tidak sabar untuk kembali ke sekolah kerana dia sangat minat belajar.

Artikel Berkaitan:

Othman berharap dengan pembedahan itu anaknya dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal dan dapat kembali ke sekolah semula.

Dia memberitahu, jika sebelum ini belum jam 10 pagi cikgu telah menelefonnya untuk mengambil Siti Nur Dayana di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mahmood 2 kerana keadaannya lemah.

"Dia aktif tetapi disebabkan sakit jantung yang dihadapi menyebabkan Siti Nur Dayana sering mengalami kebiruan pada kuku, tangan serta bibirnya.

"Ini menyebabkan dia hanya mampu berada beberapa jam sahaja di sekolah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!