Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
PEMILIK bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe dan pengurusan tertinggi pasukan itu bersedia untuk mendengar hasrat kenaikan gaji yang mahu diminta oleh pemain tengah mereka, Bruno Fernandes.
Fernandes yang telah bersama kelab itu sejak Januari 2020 dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.
Ratcliffe dan pengurusan tertinggi pasukan mengakui bahawa Fernandes adalah peneraju utama dalam skuad.
Bagaimanapun, keperluan untuk mendapatkan wang dan menyuntik kembali dana ke dalam pasukan bermakna tawaran dengan jumlah yang besar akan dinilai sebaik mungkin.
Ejen Fernandes, Miguel Pinho baru-baru ini juga sudah berbincang dengan beberapa pasukan gergasi seperti Bayern Munich dan Barcelona mengenai perpindahan pemain itu.
Fernandes dilaporkan memperoleh kira-kira £220,000 (RM1.32 juta) seminggu, tetapi mahukan persamaan dengan mereka yang berpendapatan tinggi seperti Marcus Rashford dan Jadon Sancho.
Rashford dibayar gaji asas kira-kira £365,000 (RM 2.19 juta) dengan Sancho serta Casemiro sekitar £300,000 (RM1.8 juta) seminggu.
Fernandes sedar bahawa kontraknya akan datang sepatutnya menjadi paling menguntungkan yang pernah ditandatanganinya ketika dia bersedia untuk mencapai usia 30 tahun dengan tahap prestasi berada pada kemuncak.
Pemain berusia 29 tahun itu juga ingin tahu arah tuju kelab itu terutama mengenai masa depan Erik ten Hag.
Pertukaran pengendali pasukan boleh menyebabkan beberapa pemain menilai semula masa depan mereka.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!