Warga emas maut kemalangan, putus kaki kanan

Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan putus kaki kanan dalam kemalangan di Kilometer 27 Jalan Tawau-Semporna, Tawau.
Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan putus kaki kanan dalam kemalangan di Kilometer 27 Jalan Tawau-Semporna, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Seorang lelaki warga emas maut dan putus kaki kanan selepas motosikal yang diboncengnya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 27 Jalan Tawau-Semporna di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa berusia 70 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal tersebut turut cedera.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan sebuah motosikal.

"Ketika kejadian Perodua Alza yang dinaiki dua individu dalam perjalanan dari arah Lapangan Terbang Tawau menuju ke Bandar Tawau, manakala motosikal dari arah Inderasabah menuju ke Kampung Blok 31 Jalan Apas.

"Sebaik tiba di lokasi, penunggang motosikal tiba-tiba mengubah laluan ke lorong kanan lalu masuk ke laluan MPV dan disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu tersebut tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, akibat kejadian itu motosikal mangsa terseret ke bahu kiri jalan dan MPV pula terpusing lalu terseret sehingga ke bahu kiri jalan.

"Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat kecederaan parah dan putus kaki sebelah kanan, manakala penunggang cedera di bahagian kepala.

"Pemandu dan penumpang MPV tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis masih meneruskan siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 18 saat memaparkan seorang lelaki dalam keadaan tertiarap mengalami kecederaan putus kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!