Perdana Menteri tetamu kehormat Malam Wartawan Malaysia esok

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi tetamu kehormat pada Malam Wartawan Malaysia anjuran Malaysian Press Institute (MPI) yang bakal berlangsung pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Mustapa Omar berkata, Anwar akan menyampaikan amanat kepada 900 tetamu yang sebahagian besarnya terdiri daripada pengarang kanan dan wartawan organisasi media.

"Ini adalah kali kedua beliau hadir dan mengekalkan tradisi MPI dalam penganjuran Malam Wartawan Malaysia.

"Kehadiran berterusan Perdana Menteri menunjukkan bahawa penghormatan tertinggi diberikan kerajaan buat warga media," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mustapa menambah, selain menyampaikan ucaptama, Anwar juga akan menyampaikan dua anugerah utama iaitu Tokoh Wartawan Negara dan Hadiah Kajai.

Malam Wartawan Malaysia yang penganjurannya kini memasuki tahun ke-43 sejak 1981 bakal diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Acara berprestij itu dianjurkan bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2023 (HKM2023) yang ditaja oleh Petronas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!