[VIDEO] Peguam, pegawai bank antara lima direman kes suapan lebih RM300,000

A
A
A

MELAKA - Lima individu termasuk dua peguam firma guaman berbeza direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di sekitar Melaka berjumlah RM316,064.33 dalam tempoh 2018 hingga 2020.

Perintah reman terhadap individu berusia 37 hingga 53 tahun itu termasuk seorang wanita dikeluarkan oleh Majistret Nabilah Nizam, di sini, pada Khamis, selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut ditahan reman sehingga Sabtu ini seorang pengurus firma guaman, pegawai bank dan bekas pegawai bank yang bertugas di Melaka dan Petaling Jaya kerana disyaki menerima suapan tersebut bagi membolehkan firma-firma guaman mereka menerima pelanggan untuk urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada institusi kewangan terbabit.

Lima individu direman pada Khamis bagi membantu siasatan kes
penawaran dan penerimaan wang berjumlah RM316,064.33.
Lima individu direman pada Khamis bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang berjumlah RM316,064.33.

Terdahulu kesemua mereka yang memakai baju reman SPRM berwarna jingga tiba di pekarangan Mahkamah Melaka selepas ditahan pada Rabu kira-kira jam 2 hingga 4 petang ketika hadir di SPRM Melaka bagi tujuan membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

"Jika disabitkan kesalahan sabit mereka boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!